Ceritanya, nenek nak operate mata sebab dua2 belah mata nenek da x nampak..tapi sebelah je bole operate, sebab yg sebelah lagi tu ade saluran yg tersumbat, so cam bahaya lah kalau nak operate..
dkat hospital tu..ade tiga kejadian yg buat saya rasa tidak suka hati.(slalu nya saya suka hati)
1)nenek saya da tua,nak tido..da tak larat,sebab baru lepas operate..dia penat dan pening..dekat hospital, dari kecik famili saya da ajar, dkat hospital kene diam. Yang saya tak faham nyer, kenape lah student2 nurse ni, bole pulak gelak kuat2 dekat situ..dekat pulak dengan katil nenek..bole pulak dia borak kuat giler, bergurau dengan pesakit lelaki dekat situ..Saya macam menyampah giler habes lah kan critenye..kalau bole nak je marah dorg,tapi nenek tak bagi..
2)Sedang saya berjalan keluar, memandangkan waktu melawat sudah tamat, seiring dengan saya ada seorang pakcik tua yang menggunakan tongkan berjalan perlahan-lahan. Pintu yang dibuka pula hanya sebelah, jadi laluan untuk keluar adalah sempit dan hanya membenarkan seorang keluar atau masuk sahaja. jadi, saya memberi laluan kepada pakcik tadi untuk jalan dahulu. Sedang pakcik itu melalui pintu tersebut, seorang lelaki muda lingkungan 20-30 an bergegas masuk kedalam melalui pintu itu dan mencelah melalui pakcik bertongkat tadi. Saya pelik bin hairan. kenapalah orang muda itu tidak bole bersabar dan hormat akan pakcik itu? dimanakah budi bahasa dia?kedua2 orang itu adalah Melayu. Mana nilai2 murni orang Melayu itu???erghh!!!menyampah betul..
3)Hal ini diceritakan kepada saya oleh makcik saya yang menjaga nenek di hospital. Sewaktu Mak uda dalam perjalanan untuk katil nenek selepas usai membeli kit pembedahan mata di farmasi berdekatan, ibu ternampak seorang perempuan cina bersama stroller di escalator. Mak Uda dah agak dah yang perempuan tu pasti mengalami kesukaran,kerana banyak dah yang mak uda nampak, orang dengan stroller ni tersekat waktu naik escalator. jadi, mak uda dah ready dah untuk ape2 yang bakal berlaku. bila perempuan cina itu sampai di penghujung escalator, dia tersekat dan terjatuh, nasib baik Mak Uda ada dan sambut dia. Tapi, sebab hanya dengan sebelah tangan(sebelah tgn lagi pgg kit pembedahan), perempuan cina tu tetap terjatuh ke lantai,tapi xde lah terhentak. orang lain boleh tgk je pulakkan...ade je laki kat situ...xpaham betul lah..bile org tu tgh bangun, baru ade org lain dtg tlg..tapi ape je lah kan..org tu da nak bgn..bukan tgh nak jatuh...haa..camtu lah critenye.. :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan